Dua perkara yang bakal menjadi perhatian rakyat Malaysia susulan lengkapnya Kabinet perpaduan ialah adakah mereka mampu menjalankan tugas dan bertahan sehingga tamat penggal.
Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abdul Muis berkata, budaya politik di negara ini dilihat belum dapat lari daripada kepentingan politik dan menumpukan kepada fungsi mereka, sama ada kerajaan atau pembangkang.